Monday, 23 September 2013

Tuntutlah Ilmu

Menempuh jalan menuntut ilmu:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

Hadis Riwayat Muslim


Daripada Abu Darda’, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah sallallahu'alaihiwasalam bersabda:
“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”

(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah, dan 4 golongan tersebut ialah:
1) Orang yang bertanya;
2) Orang yang mengajar;
3) Orang yang mendengar; dan

4) Orang yang suka pada orang yang berada dalam majlis ilmu.

Terdapat banyak nas-nas tentang kebaikan ilmu dan kelebihan kepada penuntut ilmu. Jadi marilah kita sama-sama menuntut ilmu biarpun siapa kita dan dari mana pun kita. Moga dengan kesungguhan kita ini diberiNya kita keampunan dan dimasukkan kita ke syurganya nanti bersama-sama Rasulullah Sallallahu'alaihiwasalam. Amin

No comments:

Post a Comment